Gema Semua Maklumat

Ketua Siasatan Jenayah Daerah di Melaka pula ditahan kes kutip wang

Ketua Siasatan Jenayah Daerah di Melaka pula ditahan kes kutip wang

KUALA LUMPUR, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Seorang Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di Melaka menjadi individu ke 13 ditahan bagi membantu siasatan kes kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat perjudian dan rumah urut di beberapa lokasi di negeri itu.

Dia ditahan oleh sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Penahanan pegawai berkenaan disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Sebelum ini, tiga pegawai polis, termasuk Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan Ketua Polis Daerah Jasin, seorang berpangkat Inspektor dan tiga orang awam direman enam hari sehingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Mereka yang berusia antara 31 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi minggu lalu kerana disyaki mengutip wang perlindungan daripada pengusaha rumah urut dan pusat judi haram di Melaka.

The post Ketua Siasatan Jenayah Daerah di Melaka pula ditahan kes kutip wang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ketua Siasatan Jenayah Daerah di Melaka pula ditahan kes kutip wang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ketua Siasatan Jenayah Daerah di Melaka pula ditahan kes kutip wang"

Back To Top