Gema Semua Maklumat

KPDNKK arah periksa ‘fidget spinner’

KPDNKK arah periksa ‘fidget spinner’

KUALA LUMPUR, 14 Syaaban 1438H, Khamis – Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengarah penguat kuasanya untuk memeriksa gajet ‘fidget spinner’ di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.

Menyatakan arahan itu, beliau berkata, penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa.

“Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara.

“Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain.

“Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK.

“Kami akan mengeluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar produk,” katanya ketika diminta mengulas kebimbangan terhadap barangan itu yang dikhuatiri boleh membahayakan pemainnya, khususnya pelajar sekolah.

Permainan atau gajet itu menjadi tular di media sosial kerana keunikannya dan mula menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ada yang mengubahsuainya menjadi produk berbahaya.

Gajet itu bagaimanapun pada asalnya dicipta untuk penghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

The post KPDNKK arah periksa ‘fidget spinner’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KPDNKK arah periksa ‘fidget spinner’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KPDNKK arah periksa ‘fidget spinner’"

Back To Top