Gema Semua Maklumat

Kritik kerajaan hilang biasiswa JPA

Kritik kerajaan hilang biasiswa JPA

BANGI, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan amaran kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bahawa biasiswa mereka akan ditarik baik jika mengkritik kerajaan.

Menurut laporan Sin Chew Daily, amaran itu dikeluarkan dalam satu taklimat jabatan berkenaan kelmarin.

Ia adalah antara enam amaran yang ditetapkan JPA kepada kira-kira 1,000 pelajar yang mendapat 9A+ atau lebih dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menerima biasiswa JPA.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilaporkan sebagai berkata, kerajaan berhak membatalkan biasiswa kepada mana-mana penerima, sekiranya mereka secara terbuka mengkritik kerajaan.

Katanya, kerajaan telah menyediakan dana kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran supaya dapat menimba ilmu dan menjadi profesional, oleh itu adalah tanggungjawab mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Selain itu, Zainal Rahim berkata, kaedah-kaedah penajaan tahun ini kekal sama seperti biasiswa JPA yang lalu.

Tahun ini, biasiswa JPA hanya ditawarkan bagi pelajar dalam negara berikutan kekangan kewangan, kononnya berpunca daripada kejatuhan harga minyak.

The post Kritik kerajaan hilang biasiswa JPA appeared first on Portal Islam dan Melayu.



Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Kritik kerajaan hilang biasiswa JPA
Tag : agama
0 Komentar untuk "Kritik kerajaan hilang biasiswa JPA"

Back To Top