Gema Semua Maklumat

Lagi pegawai Imigrisen ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

Lagi pegawai Imigrisen ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

KUALA LUMPUR, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan Imigresen berpangkalan di Kompleks ICQ Padang Besar, Perlis atas tuduhan terlibat rasuah melebihi RM1 juta.

Suspek berusia 35 dan 37 tahun itu disyaki menerima rasuah untuk meluluskan pas ekspatriat bagi mengambil pekerja mahir dan profesional.

Turut ditahan seorang kontraktor berusia 48 tahun yang didakwa bersubahat sejak 2015 dan bertindak sebagai orang tengah untuk memindahkan sejumlah besar wang ke dalam beberapa akaun bank.

Mengesahkan tahanan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata, pihaknya turut merampas empat buah kereta mewah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, akaun deposit tetap dengan wang RM1 juta, 13 beg tangan jenama mewah dan 13 utas jam tangan bernilai RM130,000.

Ketiga-tiga suspek akan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda jumlah suapan.

Pada Mac, sekurang-kurangnya 10 pegawai Imigresen ditahan kerana menerima rasuah sehingga RM5,000 untuk membenarkan pendatang tanpa izin masuk ke Sarawak.

Sebelum itu, empat pegawai Imigresen Selangor juga ditahan untuk membantu siasatan berhubung permohonan pasport antarabangsa yang meragukan, menyebabkan kerugian lebih RM1 juta.

The post Lagi pegawai Imigrisen ditahan terima rasuah lebih RM1 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lagi pegawai Imigrisen ditahan terima rasuah lebih RM1 juta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lagi pegawai Imigrisen ditahan terima rasuah lebih RM1 juta"

Back To Top