KABUL, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Penyerang bunuh diri yang meletupkan bom tidak jauh dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kabul pagi tadi, membunuh lapan orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 28 yang lain.
Serangan itu menyasarkan konvoi kereta perisai milik pasukan Resolute Support di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).
“Konvoi tentera Amerika Syarikat yang dalam perjalanan ke Shashdarak menjadi sasaran penyerang.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan dan maklumat lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan kemudian selepas saisatan selesai,” kata sumber.
Kawasan kejadian telah dikepung tentera kerajaan dan orang ramai tidak dibenarkan berkumpul di lokasi kejadian bimbang berlakunya letupan kedua.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri itu, tetapi minggu lalu, Taiban memberi amaran akan meningkatkan serangan terhadap pasukan tentera asing.
Pada 12 April, seorang pengebom bunuh diri menyasarkan kenderaan anggota keselamatan Istana Presiden di daerah Muradkhani, menyebabkan lima terbunuh dan mencederakan tiga yang lain.- Agensi
The post Lapan maut, 28 cedera serangan bunuh diri sasar kenderaan Nato appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapan maut, 28 cedera serangan bunuh diri sasar kenderaan Nato
0 Komentar untuk "Lapan maut, 28 cedera serangan bunuh diri sasar kenderaan Nato"