Gema Semua Maklumat

Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon RM20,000

Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon RM20,000

KOTA TINGGI, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk membebaskan pembantu warden madrasah tahfiz yang direman sejak 23 April lalu, dengan jaminan bon sebanyak RM20,000.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi, Asisten Supritendan Mohd Fairos Ithnin mengikut Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah.

Suspek lelaki berusia 29 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 12.15 tengah hari ini dengan memakai baju lokap jingga, diiringi beberapa anggota polis.

Dia sebelum ini ditahan selama empat hari pada 23 April lalu, sebelum disambung sehingga 29 April bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar madarasah berusia 11 tahun, Mohamad Thaqid Amin Mohd Gaddafi.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2010 kerana memukul mangsa dibahagian tapak kaki sehingga menyebabkan darah beku dan kedua belah kakinya dipotong.

Kes itu bagaimanapun diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, susulan kematian Mohamad Thaqif pada 26 April lalu.

The post Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon RM20,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon RM20,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon RM20,000"

Back To Top