Nama baharu: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nama baharu: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
KUALA LUMPUR, 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
Langkah menamakan semula masjid itu dikatakan inisiatif memulihara khazanah negara kerana ia antara ikon pelancongan di ibu negara.
“Beta telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan ini Beta merasmikan dan menamakan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” titah baginda.
Masjid Jamek Kuala Lumpur di Jalan Tun Perak asalnya dibina pada 1909 oleh pedagang Islam dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak pada zaman penjajahan British.
Masjid Jamek adalah masjid tertua di Kuala Lumpur, pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum itu bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.
Masjid ini bercirikan seni bina Monghul dan berdasarkan reka bentuk sebuah masjid di India Utara.
The post Nama baharu: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nama baharu: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
Tag :
Malaysia
0 Komentar untuk "Nama baharu: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad"