Gema Semua Maklumat

Laporan penuh kebakaran HSA diperoleh September

Laporan penuh kebakaran HSA diperoleh September

ISKANDAR PUTERI,11 Syaaban 1438H, Isnin – Laporan penuh punca insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Oktober tahun lalu, dijangka diperoleh September ini.

Bercakap perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, siasatan insiden itu dilakukan Jawatankuasa Siasatan Bebas Insiden Kebakaran Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) menerusi Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Kesihatan menubuhkan jawatankuasa berkenaan untuk prosiding laporan penuh kebakaran tetapi keputusan siasatan punca kebakaran belum dimuktamadkan kepada pihak hospital setakat ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan Teo Tung Siong (DAP-Pekan Nenas) berhubung perkembangan kerja penyelenggaraan bangunan HSA dan kos terbabit serta hasil siasatan punca kebakaran dan langkah diambil HSA.

Selain itu jelas Ayub, kerja penyelenggaraan yang memerlukan pembaikan serta-merta telah selesai dilaksanakan, membabitkan kos RM1.16 juta.

Katnya, bagi kerja pendawaian semula, pencegahan kebakaran, pembaikan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan yang terbakar kini di peringkat penilaian dan pemeriksaan balas oleh kementerian.

Dalam kejadian kebakaran HSA Oktober tahun lalu, menyebabkan enam pesakit membabitkan empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua ICU selatan hospital berkenaan.

The post Laporan penuh kebakaran HSA diperoleh September appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Laporan penuh kebakaran HSA diperoleh September
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Laporan penuh kebakaran HSA diperoleh September"

Back To Top