JOHOR BAHRU, 14 Syaaban 1438H, Khamis – Lelaki yang membunyikan hon kereta hingga menganggu jemaah Surau Austin Perdana yang tular 5 Mei lalu, tampil menyatakan bahawa dia tidak berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan dengan membunyikan hon kereta pada masa itu.
Chai Eun, 28 yang hadir dalam satu perjumpaan di Pejabat Agama Islam Johor dengan ditemani abangnya Toh Chai Chung, 30, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam, terutama mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.
Perjumpaan itu disertai ahli jawatankuasa surau terlibat, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Mutalip Abdul Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.
Permohonan maaf terbuka itu dibacakan wakil Chai Eun, Mahadzir Abu Said menyatakan harapan agar kes tersebut dapat diselesaikan dan tidak menyinggung semua pihak dan bangsa Johor.
“Apa yang berlaku pada waktu itu kerana saya telah terperangkap dalam kesesakan jalan di situ dan dalam urusan penting.
“Ini menyebabkan kereta saya diserang dan dirosakkan dan saya juga mengalami kecederaan,” katanya.
Pada masa sama, dia turut berharap agar kes itu tidak dipanjangkan atau disebarkan sehingga mencetuskan ketidaksenangan kaum.
“Saya juga berharap semua pihak tidak lagi memanjangkan isu ini menjadi lebih besar dan maksud yang sampaikan iaitu keamanan dan keharmonian antara semua kaum di Malaysia.
“Diharap selepas kenyataan ini saya tiada lagi ulasan dan cerita mengenai kejadian tersebut di media untuk tujuan menghasut rakyat dan menjejaskan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian negara,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Surau, Mohd Khaiidzir Ismail berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan keseluruhannya.
“Kami mengucapkan terima kasih atas pertemuan ini yang sememangnya tidak dijangka meskipun perkara ini berlaku diluar surau, kami sebagai jawatankuasa telah mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya.
The post Lelaki bunyikan hon kereta tampil mohon maaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lelaki bunyikan hon kereta tampil mohon maaf
0 Komentar untuk "Lelaki bunyikan hon kereta tampil mohon maaf"