Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap akbar anti-Islam, The Star yang mencetuskan provokasi ekoran gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih pada muka depannya, dengan berita utama bertajuk ‘Malaysian terrorist leader’.
Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Hai Hung berkata, ini bukan kali pertama akhbar itu membuat provokasi murahan.
“Apakah Muslim yang terlalu sensitif atau memang sengaja pihak The Star memprovokasi Muslim dengan muka depan begini?
“Mudah sahaja bagi mereka, untuk meredakan kemarahan umat Islam, akan diletakkan permohonan maaf di bahagian dalam The Star di bahagian tercorot dengan isi ‘kami tidak berniat menghina atau memprovokasi umat Islam’. Ini standard modus operandi,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada gambar muka hadapan akhbar bertarikh 27 Mei 2017 itu tersebar luas di media sosial dan mendapat kritikan keras daripada semua pihak kerana pihak The Star dianggap telah mengguris hati umat Islam.
Bagaimanapun, The Star dilaporkan telah pun meminta maaf bagi tindakan tidak professional tersebut pada 17 Mei 2017 dalam sebuah kenyataan pendek.
Firdaus berkata, sebelum ini jika provokasi dibuat hampir setiap kali umat Islam yang dipersalahkan kerana kononnya terlalu sensitif dengan benda kecil.
“Walhal, mereka yang tak sensitif apabila agama mereka dipermainkan, itu hak mereka tetapi ianya juga adalah hak Muslim untuk membantah.
“Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana media yang membuat provokasi begini terhadap apa jua agama sekalipun. Kali ini, jadikanlah akhbar milik MCA ini sebagai contoh ketegasan pihak berkuasa menangani ekstrimis di kalangan media,” katanya.
The post Lepas provokasi, semudah itu The Star mohon maaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lepas provokasi, semudah itu The Star mohon maaf
0 Komentar untuk "Lepas provokasi, semudah itu The Star mohon maaf"