Gema Semua Maklumat

Melaka henti keluar lesen pusat hiburan keluarga

Melaka henti keluar lesen pusat hiburan keluarga

MELAKA, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Kerajaan Melaka berhenti mengeluarkan lesen hiburan keluarga di negeri itu untuk mengkaji semula pengendali berlesen sedia ada.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata, langkah itu adalah untuk mengenal pasti pengusaha yang menyalahgunakan lesen dengan menukarnya kepada pusat perjudian.

Bagaimanapun katanya, tempoh pemberhentian itu masih belum ditentukan kerana kerajaan negeri memerlukan data tepat termasuk bilangan lesen yang dikeluarkan sebelum ini.

“Kita menyambut baik nasihat dan cadangan Ketua Polis Negara, dan saya mahu lihat berapa banyak lesen pusat hiburan keluarga dikeluarkan setakat ini.

“Kerajaan negeri memainkan peranan besar iaitu menghentikan pengeluaran lesen sehingga semua pengendali sedia ada mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan segera membatalkan lesen operasi pusat hiburan keluarga yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

Sebelum ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada polis dalam isu pencegahan judi, sedangkan PBT sendiri yang mengeluarkan lesen dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi membendungnya.

The post Melaka henti keluar lesen pusat hiburan keluarga appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Melaka henti keluar lesen pusat hiburan keluarga
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Melaka henti keluar lesen pusat hiburan keluarga"

Back To Top