Gema Semua Maklumat

LHDN buru jutawan tak bayar cukai cecah jutaan ringgit

LHDN buru jutawan tak bayar cukai cecah jutaan ringgit

PUTRAJAYA , 14 Syaaban 1438H, Khamis –  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengarahkan beberapa jutawan yang bergelar Tan Sri dan Datuk untuk membayar cukai yang belum diselesaikan mencecah ratusan juta ringgit.

Susulan itu, LHDN memberi amaran bahawa penguatkuasaan ketat dilaksanakan tahun ini apabila banyak pengauditan dan siasatan dijalankan.

Bagi memastikan pangkalan data dikemas kini dan tepat, LHDN akan bekerjasama dengan polis, JKDM, SPRM dan pihak berkuasa tempatan.

Sejak Januari hingga semalam, LHDN telaj melakukan empat operasi besar-besaran di seluruh negara.

Lembaga itu menyasar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah tunggakan itu pada Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata bermula tahun ini, inisiatif yang dibuat bertujuan untuk memudahkan pematuhan dan mengelak ketidakpatuhan.

Beliau berkata, LHDN akan memperbaiki proses pemungutannya sambil memastikan tindakan undang-undang yang lebih cepat terhadap mereka yang mengelak membayar cukai.

“Mereka yang terlibat dalam ekonomi ‘bawah tanah’ juga dalam radar LHDN,” katanya. 

Baru-baru ini media melaporkan sekurang-kurangnya 13 jutawan antara individu sedang diburu kerana mengelak membayar cukai.

Dianggarkan jumlah tunggakan cukai kesemua individu itu adalah hampir RM50 juta dalam tempoh kurang dua tahun.

The post LHDN buru jutawan tak bayar cukai cecah jutaan ringgit appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di LHDN buru jutawan tak bayar cukai cecah jutaan ringgit
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "LHDN buru jutawan tak bayar cukai cecah jutaan ringgit"

Back To Top