Gema Semua Maklumat

Harga runcit petrol, diesel naik 4 sen

Harga runcit petrol, diesel naik 4 sen

BANGI, 12 Safar 1439H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan naik lagi bermula tengah malam ini untuk tiga minggu berturut-turut sejak 19 Oktober lalu.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 dan RON97 naik sebanyak 4 sen menjadikan kedua-dua produk berkenaan dijual dengan RM2.24 dan RM2.54 seliter.

Sementara diesel akan dijual RM2.17, turut mengalami kenaikan sebanyak 4 sen mulai 12.01 malam ini.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 8 November depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga runcit petrol, diesel naik 4 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga runcit petrol, diesel naik 4 sen
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga runcit petrol, diesel naik 4 sen"

Back To Top