Sumber gambar: KiniTV
KUALA LUMPUR, 12 Safar 1439H, Rabu – Logo Barisan Nasional (BN) yang terpapar ketika siaran langsung pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini, adalah tindakan yang tidak disengajakan.
Perkara itu dinyatakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said di Dewan Rakyat hari ini.
Jelas beliau, pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara tersebut telah pun tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf.
“Terdapat 804 paparan pembentangan yang telah digunakan semasa bentangan RUU Bekalan 2018 namun hanya satu slaid yang mengandungi logo BN terpapar pada skrin tersebut dan tiada mana-mana slaid yang lain. Penyediaan paparan pembentangan ini adalah sebagai sokongan visual kepada ucapan perdana menteri.
“Dalam hal ini pemaparan logo BN adalah tindakan yang tidak disengajakan dan terlepas pandang oleh pihak penyedia.
“Saya terima penjelasan yang dikemukakan dan pihak berkenaan juga memohon maaf kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas kesilapan tersebut,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, beliau mencadangkan agar siasatan lanjut dijalankan.
“Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini?
“Saya memohon budi bicara agar siasatan diadakan untuk mengenalpasti bagaimana logo sebuah parti politik boleh ada dalam dewan semasa persidangan,” katanya.
The post Paparan logo BN ketika bentang Bajet 2018 tak disengaja, kata Pandikar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Paparan logo BN ketika bentang Bajet 2018 tak disengaja, kata Pandikar
0 Komentar untuk "Paparan logo BN ketika bentang Bajet 2018 tak disengaja, kata Pandikar"