Gema Semua Maklumat

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump halang kemasukan umat Islam

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump halang kemasukan umat Islam

VIRGINIA, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Mahkamah Rayuan Virginia semalam, menolak permohonan Presiden Donald Trump untuk menyemak semula arahan eksekutifnya bagi menghalang kemasukan rakyat enam negara ke Amerika Syarikat (AS), yang dibatalkan oleh mahkamah tinggi sebelum ini.

Ketua Hakim Mahkamah Rayuan, Roger Gregory yang menolak permohonan itu mengatakan bahawa arahan berkenaan dipenuhi dengan sikap tidak toleransi agama, kebencian dan diskriminasi.

Mahkamah Rayuan Virginia menolak cubaan kedua Trump untuk menghalang kemasukan orang Islam ke AS, dengan undi 10-3.

Dalam keputusan 67 muka surat yang ditulis Gregory, arahan eksekutif Trump itu digambarkan sebagai menggunakan perkataan yang samar-samar mengenai keselamatan negara, tetapi kandungannya dipenuhi sikap tidak bertoleransi terhadap agama, kebencian dan diskriminasi.

Keputusan itu turut menyenaraikan kenyataan oleh Trump selama 17 bulan berhubung larangan berkenaan. Bermula dengan kenyataannya ketika kempen pilihan raya Presiden pada 2016 yang menegaskan untuk menghalang terus kemasukan orang Islam ke AS. – Agensi

The post Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump halang kemasukan umat Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump halang kemasukan umat Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump halang kemasukan umat Islam"

Back To Top