Gema Semua Maklumat

Mahmoud Abbas sedia bertemu Netanyahu

Mahmoud Abbas sedia bertemu Netanyahu

RAMALLAH, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai sebahagian daripada usaha damai Donald Trump.

Beliau berkata, Presiden Amerika Syarikat itu dijangka akan melawat wilayah Palestin pada penghujung bulan ini sebagai sebahagian daripada lawatan luarnya yang pertama.

“Kita tidak sabar untuk lawatan Trump tidak lama lagi di Bethelehem di Tebing Barat yang diduduki, dengan dikatakan pada 23 Mei ini.

“Kami memberitahunya bahawa kami bersedia untuk bekerjasama dengan beliau dan bertemu dengan Perdana Menteri Israel untuk membina keamanan,” katanya kepada pemberita.

Abbas telah mengadakan pertemuan dengan Trump di Washington minggu lalu, sebagai perbincangan empat mata pertama mereka.- Agensi

The post Mahmoud Abbas sedia bertemu Netanyahu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mahmoud Abbas sedia bertemu Netanyahu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mahmoud Abbas sedia bertemu Netanyahu"

Back To Top