Gema Semua Maklumat

Malaysia bakal meterai 3 MoU dengan China

Malaysia bakal meterai 3 MoU dengan China

BEIJING, 14 Syaaban 1438H, Khamis – Kerajaan bakal memeterai tiga Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan China sempena lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke republik itu bermula esok hingga 16 Mei ini.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya berkata, Perdana Menteri akan memulakan lawatannya dengan membuat kunjungan ringkas ke Hangzhou, esok.

Dalam lawatan ringkas itu, beliau akan melawat ibu pejabat Alibaba Group dan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutifnya, Jack Ma.

Ketika bercakap pada sidang media, Zainuddin berkata, pada Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang, esok.

“Perkara berhubung hubungan dua hala dan isu yang mempunyai kepentingan bersama dijangka dibincang semasa pertemuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, beberapa MoU peringkat kerajaan dijangka ditandatangani dalam pertemuan dua hala itu.

Beberapa MoU sektor swasta juga dilaporkan bakal dimeterai membabitkan pelaburan, kewangan, pengangkutan, pelabuhan, hartanah dan pertanian.

The post Malaysia bakal meterai 3 MoU dengan China appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia bakal meterai 3 MoU dengan China
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Malaysia bakal meterai 3 MoU dengan China"

Back To Top