KOTA BHARU, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati masyarakat Melayu di negeri ini jarang menghidapi penyakit kanser perut kerana faktor ‘budu dan pegaga’.
Beliau berkata, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut.
Perkara itu, katanya, sekali gus dapat mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.
“Bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri ini.
“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.
“Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” katanya ketika ditemui akhbar tempatan selepas menyampaikan Syarahan Umum sempena pelantikannya sebagai Profesor bertajuk ‘Perubahan Lanskap Kesihatan Gastrousus di Malaysia daripada H.Pylori kepada Obesiti’ di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian.
Turut hadir, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Dr. Ahmad Sukari Halim dan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Prof Dr Shaiful Bahari Ismail.
The post Melayu di Kelantan jarang hidap kanser perut kerana makan budu, pegaga appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Melayu di Kelantan jarang hidap kanser perut kerana makan budu, pegaga
0 Komentar untuk "Melayu di Kelantan jarang hidap kanser perut kerana makan budu, pegaga"