Gema Semua Maklumat

Mesir buka sementara sempadan Rafah

Mesir buka sementara sempadan Rafah

KAHERAH, 10 Syaaban 1438H, Ahad – Mesir membuka semula pintu sempadan Rafah untuk sementara waktu, bagi membolehkan ratusan rakyat Palestin yang terkandas pulang ke Semenanjung Gaza, kata pegawai.

Sempadan Rafah adalah satu-satunya laluan dari Gaza tanpa melalui Israel, telah dibuka sehala selama tiga hari bermula semalam.

“Pihak berkuasa Mesir membuka semula lintasan Rafah selama tiga hari sahaja, dari Sabtu hingga Isnin, dan hanya satu arah untuk membolehkan mereka yang terkandas di sebelah Mesir pulang ke rumah,” kata pegawai Palestin dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa di sempadan Gaza juga berkata bahawa lebih daripada 20,000 rakyat Palestin terperangkap di Gaza perlu keluar dari negara itu untuk menerima rawatan.

Rafah adalah pintu masuk yang tinggal untuk rakyat Palestin di Gaza ke dunia luar, selepas Israel mengenakan sekatan di Semenanjung – dikuatkuasakan juga oleh Mesir – satu dekad lalu.

Namun, sebahagian besarnya kekal ditutup sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana ketegangan antara Mesir dan pemerintah Gaza, Hamas.- Agensi

The post Mesir buka sementara sempadan Rafah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mesir buka sementara sempadan Rafah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mesir buka sementara sempadan Rafah"

Back To Top