BANGI, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Dalam heboh diperkatakan kemungkinan UMNO dan PAS bakal bekerjasama bagi berdepan parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, sekeping gambar yang menjadi viral dalam laman sosial, mencetuskan rasa geli hati netizen.
Diselitkan dengan kata-kata ‘nasib baik ada PAS kalu tidak tumbang UMNO’, gambar berkenaan menunjukkan papan tanda UMNO hampir tumbang. Papan tanda PAS di sebelahnya bagaimanapun, menjadi penghalang daripada papan tanda UMNO itu jatuh.
Antara komentar pengguna laman sosial yang melucukan ialah daripada Sham Abdul Rani yang berkata: “Lepas ni dua-dua tu tumbang sekali.”
Seorang pengguna lagi berkata, PAS sememangnya sudah biasa membantu UMNO dan kemudian diketepikan.
The post Nasib baik ada PAS kalu tidak tumbang UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nasib baik ada PAS kalu tidak tumbang UMNO
0 Komentar untuk "Nasib baik ada PAS kalu tidak tumbang UMNO"