Gema Semua Maklumat

NGO jumpa Jais minta penjelasan kes Sivarasa masuk masjid

NGO jumpa Jais minta penjelasan kes Sivarasa masuk masjid

SUBANG, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil penduduk di Parlimen Subang akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini berhubung insiden ahli politik bukan Islam, R Sivarasa yang didakwa mencemarkan kesucian masjid di negeri itu, minggu lalu.

Wakil penduduk, Mohd Yusri Ismail berkata, mereka akan berjumpa dengan pertemuan yang dijangka Pengarah Jais, Datuk Haris Kassim bagi membuat aduan rasmi serta meminta penjelasan.

“Selain itu kita ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil ke atas nazir dan jawatankuasa masjid dalam isu ini.

“Dan kita mahu Jais perjelaskan garis panduan (SOP) berkenaan orang bukan Islam atau Islam memasuki ruang solat untuk berpolitik,” katanya.

Rabu lalu, R Sivarasa yang merupakan Ahli Parlimen Subang hadir pada majlis sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Shah Alam, dikatakan sebagai mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sivarasa dilaporkan berucap di hadapan mimbar masjid berkenaan berdasarkan kepada gambar yang viral di media sosial.

Turut kelihatan beberapa pemimpin pakatan harapan yang bukan beragama Islam, duduk di saf bersama jemaah lain.

Selepas kejadian itu, tiga laporan polis dibuat Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Kesatuan Melayu Nasional dan wakil penduduk di Balai Polis Sungai Buloh pada Sabtu lalu.

Mereka mendakwa Naib Presiden PKR itu mengingkari arahan Sultan Selangor yang melarang kesucian masjid di negeri ini terpelihara daripada unsur-unsur politik dan menuntut permohonan maaf.

The post NGO jumpa Jais minta penjelasan kes Sivarasa masuk masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di NGO jumpa Jais minta penjelasan kes Sivarasa masuk masjid
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "NGO jumpa Jais minta penjelasan kes Sivarasa masuk masjid"

Back To Top