Gema Semua Maklumat

OIC kutuk serangan keganasan di stesen televisyen Afghanistan

OIC kutuk serangan keganasan di stesen televisyen Afghanistan

KUALA LUMPUR, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr Yousef A. Al-Othaimeen mengutuk sekeras-kerasnya serangan militan Daesh ke atas stesen radio dan televisyen di Jalalabad, Afghanistan, pada Rabu, yang menyebabkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan menyebabkan beberapa yang lain tercedera.

Beliau menyifatkan serangan kejam terhadap orang awam itu sebagai cubaan pihak militan untuk menggugat peranan pihak media dalam pembangunan negara, sambil menambah serangan itu juga jelas melanggar undang-undang antarabangsa, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan OIC.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa Afghanistan untuk tidak berlembut dalam usaha mereka menentang keganasan dan menyeru pihak yang bertanggungjawab ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Al-Othaimeen turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Afghanistan.

Beliau menegaskan adalah menjadi prinsip dan pegangan OIC menolak sebarang bentuk perbuatan keganasan.

Menurut laporan, empat penyerang yang memakai jaket bunuh diri dan membawa senjata AK-47 memasuki Stesen Radio Televisyen Afghanistan (RTA). Seorang daripada mereka meletupkan diri di pintu masuk bangunan itu manakala yang lain melepaskan tembakan secara rambang.

Ketiga-tiga penyerang itu terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan pasukan keselamatan.- Bernama

The post OIC kutuk serangan keganasan di stesen televisyen Afghanistan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di OIC kutuk serangan keganasan di stesen televisyen Afghanistan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "OIC kutuk serangan keganasan di stesen televisyen Afghanistan"

Back To Top