Gema Semua Maklumat

Pakatan harapan bakal mereput

Pakatan harapan bakal mereput


KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, pakatan harapan yang diketuai DAP bakal mereput disebabkan pemimpin-pemimpinnya yang gemar bertikam lidah sesama sendiri.

Pakatan harapan juga, jelasnya, tidak mahu mengakui diri sendiri adalah punca sebenar perpecahan di dalam blok pembangkang yang sebelum ini turut disertai PAS.

“Dengan mahu menyembunyikan kelemahan dalaman yang ada, mereka menjadikan PAS sebagai kambing hitam kononnya adalah punca perpecahan dalam pakatan pembangkang, selain menuduh keengganan PAS menyertai pakatan harapan bakal memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.

Tidak kurang dengan itu, sifat tidak menghormati mereka kepada PAS, menurutnya, jelas kelihatan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu apabila pembangkang turut meletakkan calon daripada PAN untuk bertanding di dua kawasan Parlimen itu yang sepatutnya menjadi milik PAS.

“Langkah kami keluar daripada pakatan mereka adalah tindakan yang betul. Kami keluar bukannya mengikut emosi sebaliknya berdasarkan nas dan bukti-bukti yang menunjukkan bagaimana kerjasama yang dipersetujui sebelum ini tidak dihormati.

“Malah sehingga kini masih berlaku pertikaman lidah sesama mereka, dan nampaknya pakatan harapan ini akan mereput,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad semalam yang menempelak cara politik lapuk pakatan harapan yang gemar membuat tuduhan dan fitnah, serta bersikap tidak demokratik kerana mengaitkan keengganan PAS menyertai Pakatan Harapan akan memberi kemenangan kepada BN.

The post Pakatan harapan bakal mereput appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pakatan harapan bakal mereput
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pakatan harapan bakal mereput"

Back To Top