Gema Semua Maklumat

Pakatan harapan patut ditukar ‘Pakatan Hampakan Rakyat’

Pakatan harapan patut ditukar ‘Pakatan Hampakan Rakyat’

KEPALA BATAS, 17 Syaaban 1438H, Ahad – Pakatan harapan pimpinan parti rasis dan cauvinis, DAP lebih sesuai digelar sebagai ‘Pakatan Hampakan Rakyat’, sindir PAS Pulau Pinang.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, nama baharu itu diutarakan kerana kerajaan negeri Pulau Pinang lebih banyak menindas rakyat dan cenderung menyebelahi syarikat korporat.

“Mereka (kerajaan negeri) hanya utamakan keuntungan, bukannya nasib rakyat Pulau Pinang yang semakin tertindas.

“Kita ingat lepas ambil alih negeri pada 2008, rakyat akan terbela, tetapi kini ibarat ‘keluar mulut harimau masuk mulut naga’.

“Mereka naikkan surcaj air dengan niat mahu mendidik rakyat, selain terus menyatakan tarif air di negeri ini paling murah.

“Adakah mereka tahu bahawa tarif air itu memang sudah murah sejak dahulu lagi?,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kepala Batas di Kota Aur, Penaga di sini, hari ini.

Muhammad Fauzi berkata, kerajaan negeri turut campur tangan dalam urusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang sedangkan kerajaan negeri terdahulu tidak pernah berbuat sedemikian.

Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan Setiausaha Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

The post Pakatan harapan patut ditukar ‘Pakatan Hampakan Rakyat’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pakatan harapan patut ditukar ‘Pakatan Hampakan Rakyat’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pakatan harapan patut ditukar ‘Pakatan Hampakan Rakyat’"

Back To Top