Gema Semua Maklumat

Parti baharu bakal muncul saingi DAP di Pulau Pinang

Parti baharu bakal muncul saingi DAP di Pulau Pinang

PULAU PINANG, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Sebuah parti baharu Pinang akan ditubuhkan dalam usaha memberikan saingan kepada kerajaan DAP di negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) nanti.

Sumber yang dipetik akhbar tempatan berkata, parti itu didaftarkan dengan nama Parti Ikatan Perpaduan (PIP) dalam masa terdekat dengan menumpukan fokusnya di Pulau Pinang.

“Alhamdulillah proses pendaftaran parti di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kini berjalan lancar.

“InshaAllah parti ini mampu membawa perubahan kepada rakyat Pulau Pinang kelak,” kata sumber.

Menurut sumber, parti baharu yang mesra BN ini juga mendakwa telah mendapat sokongan daripada beberapa ‘orang kuat DAP’ untuk bersama berjuang dalam parti ini apabila ia ditubuhkan secara rasmi kelak.

“Ada beberapa ‘orang kuat DAP’yang menyatakan untuk bersama kita nanti,” dakwanya.

Beliau turut mendakwa rakyat negeri itu mula beralih arah ketika ditanya momentum rakyat di Pulau Pinang kini,

“Suasana amat memberangsangkan kerana kita guna guarana bersama rakyat,” katanya lagi

The post Parti baharu bakal muncul saingi DAP di Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Parti baharu bakal muncul saingi DAP di Pulau Pinang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Parti baharu bakal muncul saingi DAP di Pulau Pinang"

Back To Top