Gema Semua Maklumat

PAS akur jika terpaksa lepas jawatan Exco Selangor

PAS akur jika terpaksa lepas jawatan Exco Selangor

BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – PAS terpaksa akur melepaskan jawatan tiga Exco dalam kerajaan Selangor sebagaimana yang diminta oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau akan mendapatkan pengesahan daripada tiga exco berkenaan dan Azmin sebelum membuat keputusan.

“Saya kena dapat pengesahan yang betul dulu, secepat mungkin.

“Saya pun sebenarnya belum dapat pengesahan daripada exco kita di Selangor, saya akan dapatkan pengesahan mereka dan pengesahan daripada Datuk Seri Azmin tentang isu ini,” katanya seperti dilapor mStar Online, hari ini.

Meskipun belum menerima maklumat lengkap berhubung perkara itu, namun Tuan Ibrahim berkata, pelantikan exco terletak di bawah bidang kuasa Sultan.

Justeru katanya, PAS terpaksa akur jika benar keputusan untuk tiga exco itu melepaskan jawatannya sudah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.

“Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor. Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan,” katanya.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan membuat permintaan mengejut dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama tiga Exco PAS negeri itu, supaya mereka melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor.

Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

The post PAS akur jika terpaksa lepas jawatan Exco Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS akur jika terpaksa lepas jawatan Exco Selangor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS akur jika terpaksa lepas jawatan Exco Selangor"

Back To Top