Gema Semua Maklumat

PAS Selangor masih sebahagian kerajaan Selangor

PAS Selangor masih sebahagian kerajaan Selangor

PETALING JAYA, 11 Syaaban 1438H, Isnin – PAS Selangor menepis dakwaan bahawa mereka akan berundur daripada kerajaan Selangor yang dipimpin PKR.

Datuk Iskandar Abdul Samad, yang baru-baru ini digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata, pihaknya malah mahu menunaikan mandat yang diberikan pada pilihan raya umum lalu.

Iskandar yang juga EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar turut menyatakan hasrat untuk terus kekal bagi memastikan semua program dan inisiatif kerajaan negeri dilaksanakan.

“EXCO akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008,” katanya, merujuk kepada peristiwa pembangkang berjaya memenangi Selangor daripada Barisan Nasional.

Selain itu, Iskandar berkata, PAS Selangor akan terus bekerjasama dengan kepimpinan sedia ada.

Pengisytiharan hari ini berikutan usul sebulat suara perwakilan PAS pada muktamar bulan lepas yang mahu menamatkan ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR kerana bekerjasama dengan parti serpihan, PAN.

Beliau bersama-sama Zaidy Abdul Talib dan Yunus Hairi adalah tiga wakil PAS dalam pentadbiran negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

The post PAS Selangor masih sebahagian kerajaan Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS Selangor masih sebahagian kerajaan Selangor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS Selangor masih sebahagian kerajaan Selangor"

Back To Top