Oleh Razali bin Zakaria
KOTA SARANG SEMUT, 4 Syaaban 1438H, Isnin – PAS menyindir langkah kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang tidak mengutamakan sektor pertanian, sebaliknya lebih menumpukan kepada industri.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tahun lepas Menteri Besar Kedah yang baharu (Datuk Seri Bashah Md Hanipah) mencadangkan supaya bendang ditimbus untuk didirikan kilang.
“Kita di Malaysia menerima hujan dan panas sepanjang tahun, tanah kita sesuai tanamlah apa pun pasti hidup.. tapi kita beralih nak jadi negara industri… ni kedah ni pun, menteri besar yang baru ni tahun lepas dia cadang suruh timbus semua bendang buat kilang… orang suruh mengaji habis tak mahu.
“Timbus bendang buat kilang esok tak ada apa nak makan, makan besi pula.. pakat tolong lah kita ambil Kedah ni balik.. jangan bagi kat orang gila.. masa kita sedang bimbang mengenai krisis makanan, dia nak timbus bendang buat bendang,” katanya menggulung perbahasa Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia sedang menghadapi masalah bekalan makanan kerana pada 1998 RM5.8 bilion diguna untuk mengimport bahan makanan.
The post PAS sindir kerajaan Kedah ‘gila’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di PAS sindir kerajaan Kedah ‘gila’
0 Komentar untuk "PAS sindir kerajaan Kedah ‘gila’"