Gema Semua Maklumat

PAS tukar pesuruhjaya di Selangor, Terengganu, Johor

PAS tukar pesuruhjaya di Selangor, Terengganu, Johor

KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1438H, Sabtu –  Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi, PAS mengatur strategi dengan menampilkan tiga muka baharu dalam barisan Pesuruhjaya PAS negerinya.

Perubahan itu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, bekas Speaker DUN Terengganu, Datuk Husin Awang, dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu dan ADUN Puteri Wangsa, Abdullah Hussin, dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Johor.

Pesuruhjaya PAS Johor dan Terengganu sebelum ini, masing-masing dipegang oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed serta Saitifu Bahri Mamat, manakala Pesuruhjaya PAS Selangor diterajui Datuk Iskandar Samad.

Mengulas mengenai pelantikan baharu itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, rombakan barisan kepemimpinan Ahli Jawatankuasa (AJK) parti itu dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan.

Jelas beliau, ia bukan disebabkan isu Selangor, sebaliknya Iskandar dinaikkan pangkat untuk memantau persediaan jentera parti di zon tengah dan selatan bagi berdepan PRU-14.

“Iskandar diberi tugasan baharu untuk menyelia persediaan pilihan raya di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, selain menjadi Pengerusi Kompleks PAS Selangor yang bakal dibina.

 “Pelantikan Sallehen menggantikan Iskandar adalah rombakan biasa bagi memastikan pengurusan di peringkat negeri lebih kukuh,” katanya pada sidang di Ibu Pejabat PAS, sebentar tadi.

Rombakan lain diputuskan dalam mesyuarat AJK PAS kali pertama itu adalah dengan melantik Bendahari baharu, iaitu Razman Zakaria bagi menggantikan Mohamad Noor Mohamad dan Ketua Pilihan Raya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengambil alih jawatan berkenaan daripada Datuk Mustafa Ali.

 

The post PAS tukar pesuruhjaya di Selangor, Terengganu, Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS tukar pesuruhjaya di Selangor, Terengganu, Johor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS tukar pesuruhjaya di Selangor, Terengganu, Johor"

Back To Top