NEW YORK, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sekali lagi menggesa Korea Utara untuk menghentikan ujian bom hidrogen.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat setiausaha agung, Guterres mengutuk tindakan itu sebagai “satu lagi pelanggaran kewajipan antarabangsa negara yang serius.”
“Setiausaha Agung mengulangi gesaannya kepada pimpinan DPRK untuk menghentikan tindakan sedemikian dan mematuhi sepenuhnya kewajipannya di bawah resolusi Majlis Keselamatan yang relevan,” kata kenyataan itu.
Ujian itu juga dibantah oleh ketua agensi atom PBB, yang menyebutnya sebagai tindakan yang sangat disesali.
“Ujian baru ini, yang mengikuti dua ujian tahun lalu dan keenam sejak tahun 2006, secara menyeluruh mengabaikan tuntutan masyarakat antarabangsa,” kata Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano.
“Sekali lagi, saya amat menggesa DPRK untuk melaksanakan sepenuhnya semua resolusi relevan Majlis Keselamatan PBB dan IAEA,” katanya.
Ujian itu juga dikutuk oleh, China, Korea Selatan, Rusia, dan Perancis.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB telah mengumumkan bahawa ia akan mengadakan pertemuan pada pagi hari ini untuk membincangkan ujian Korea Utara dengan permintaan Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Perancis, dan Korea Selatan.
Terdahulu pada hari Ahad, Korea Utara mengumumkan bahawa ia telah menjalankan ujian bom hidrogen.- Agensi
The post PBB gesa Korea Utara batalkan ujian nuklear appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PBB gesa Korea Utara batalkan ujian nuklear
0 Komentar untuk "PBB gesa Korea Utara batalkan ujian nuklear"