Gema Semua Maklumat

Krisis Teluk: Qatar jumpa Majlis Keselamatan PBB desak akhiri sekatan

Krisis Teluk: Qatar jumpa Majlis Keselamatan PBB desak akhiri sekatan

NEW YORK, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Menteri Luar Qatar meminta bantuan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggesa blok Arab Saudi menamatkan sekatan yang dikenakan hampir sebulan lalu.

Mohammed bin Abdulrahman Al Thani bertemu anggota tidak tetap Majlis Keselamatan di pejabat duta Qatar ke PBB di sini, menggesa mereka membangkitkan isu itu bagi pihak Doha.

Katanya, beliau memaklumkan perkembangan terbaharu keadaan sekatan itu dan menggesa mereka mendesak supaya sekatan itu ditarik balik.

Qatar berusaha dengan pelbagai cara serta bertemu banyak pihak dalam usaha menamatkan sekatan itu, katanya.

Pertemuan itu dibuat sehari selepas Al Thani bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di Washinton di mana beliau diberi jaminan AS akan berusaha menyelesaikan krisis itu.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Dha pada 5 Jun lalu dengan mendakwa Qatar menyokong dan membantu ekstremis dan rapat dengan Iran. Tuduhan itu bagaimanapun, dinafikan.

Dua minggu kemudian, blok Arab Saudi memberi Doha 10 hari supaya mematuhi 13 tuntutan bagi mengakhiri sekatan berkenaan.

Tuntutan itu termasuk menutup stesen televisyen satelit Al Jazeera, menutup pangkalan tentera Turki di Qatar, mengurangkan hubungan dengan Iran serta membayar pampasan.

Mesir yang juga anggota tidak tetap Majlis Keselamatan tidak hadir dalam pertemuan dengan Al Thani di New York.

Qatar berjanji akan terus mendesak sekatan itu ditarik balik, termasuk bertemu dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan penerbangan awam antarabangsa, pertubuhan maritim antarabangsa dan majlis hak asasi manusia di Geneva.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Qatar, Jassim Saif Al Sulaiti bertemu dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa PBB di Montreal, Canada mengesa campur tangan dalam krisis itu.

Blok Arab Saudi sebelum ini menutup ruang udara dan laut mereka kepada Qatar. – Agensi

The post Krisis Teluk: Qatar jumpa Majlis Keselamatan PBB desak akhiri sekatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Krisis Teluk: Qatar jumpa Majlis Keselamatan PBB desak akhiri sekatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Krisis Teluk: Qatar jumpa Majlis Keselamatan PBB desak akhiri sekatan"

Back To Top