Gema Semua Maklumat

Pengurus anak syarikat Prasarana, isteri direman terlibat rasuah RM500,000

Pengurus anak syarikat Prasarana, isteri direman terlibat rasuah RM500,000

PUTRAJAYA, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Mahkamah di sini hari ini menahan reman sepasang suami isteri kerana didakwa terlibat dengan rasuah melibatkan sejumlah RM500,000.

Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pasangan berkenaan selama lima hari sehingga 8 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kedua-dua pasangan terbabit yang berusia antara 54 dan 50 tahun itu, tiba secara berasingan di Kompleks Mahkamah Putrajaya pada jam 9 pagi serta 9.40 pagi tadi.

Difahamkan, lelaki itu adalah seorang pengurus besar di sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, yang ditahan kerana didakwa terlibat rasuah berjumlah RM500,000.

Suspek ditahan pada jam 6.30 petang semalam, di ibu pejabat SPRM di sini. Turut ditahan isterinya bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Tertuduh dikatakan menerima rasuah untuk meluluskan beberapa projek melibatkan bekalan bas, alat ganti dan kerja-kerja penyelenggaraan.

The post Pengurus anak syarikat Prasarana, isteri direman terlibat rasuah RM500,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pengurus anak syarikat Prasarana, isteri direman terlibat rasuah RM500,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pengurus anak syarikat Prasarana, isteri direman terlibat rasuah RM500,000"

Back To Top