SEREMBAN, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Polis mendedahkan, permintaan terhadap dadah sintetik atau syabu dalam kalangan anak peneroka Felda di negeri ini membimbangkan kerana menunjukkan trend peningkatan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Muhamad Zaki Harun berkata, meskipun harganya lebih mahal berbanding dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan itu ia tidak memberi kesan terhadap permintaannya.
“Permintaan dadah jenis syabu hampir menyamai permintaan dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan-kawasan Felda disebabkan sifat mahu mencuba dan merasa pelbagai jenis dadah,” katanya.
Muhamad Zaki berkata, berdasarkan statistik tangkapan berkaitan dadah di Felda di seluruh Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, menunjukkan peningkatan sebanyak 67 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
“Operasi telah kita jalankan di kawasan Felda di daerah Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Jempol dan mendapati kenaikan dari segi tangkapan pada tahun ini iaitu seramai 136 orang berbanding 81 orang dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya.
The post Permintaan dadah dalam kalangan anak Felda meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Permintaan dadah dalam kalangan anak Felda meningkat
0 Komentar untuk "Permintaan dadah dalam kalangan anak Felda meningkat"