JITRA, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian RM3.5 juta.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Polis Sahabudin Abdul Manaf berkata, penahanan suspek dibuat berikutan pihaknya menerima laporan oleh seorang wanita yang mendakwa kerugian RM50,000 selepas menjadi antara mangsa skim pelaburan itu.
“Berdasarkan maklumat skim itu menawarkan keuntungan 50 peratus kepada pelabur bagi setiap dua minggu, namun tiada sebarang pembayaran dibuat.
“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam penipuan,” katanya.
Sahabudin berkata, pihaknya merampas dua keping kad juruwang automatik (ATM) dan sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan kes itu.
“Kita harap lebih ramai mangsa tampil untuk membuat laporan berhubung kes itu bagi memudahkan pihak kami menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
The post Polis berkas penipu Forex jutaan ringgit appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis berkas penipu Forex jutaan ringgit
0 Komentar untuk "Polis berkas penipu Forex jutaan ringgit"