Gema Semua Maklumat

Polis Indonesia musnahkan puluhan ribu botol arak, dadah

Polis Indonesia musnahkan puluhan ribu botol arak, dadah

SURABAYA, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan, pihak berkuasa Indonesia dilapor telah memusnahkan lebih 10,000 botol arak menggunakan jentera penggelek jalan atau ‘steam roller’ .

Turut dibakar sejumlah dadah termasuk pil ecstasy dan 17 kilogram methamphetamine.

Kesemua itu adalah hasil rampasan yang dilakukan sebelum umat Islam menyambut puasa yang bermula hari ini.

Tindakan memusnahkan botol arak dan dadah itu dilakukan di hadapan orang ramai di perkarangan sebuah balai polis di Surabaya.

Difahamkan, sudah menjadi kebiasaan bagi pihak berkuasa Indonesia untuk berbuat demikian setiap kali kedatangan Ramadan.

Operasi sama juga dilakukan di beberapa wilayah di Indonesia, termasuk Jakarta. – Agensi

The post Polis Indonesia musnahkan puluhan ribu botol arak, dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis Indonesia musnahkan puluhan ribu botol arak, dadah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis Indonesia musnahkan puluhan ribu botol arak, dadah"

Back To Top