Gema Semua Maklumat

Polis Johor terima tiga laporan insiden serangan luar masjid

Polis Johor terima tiga laporan insiden serangan luar masjid

JOHOR BAHRU, 10 Syaaban 1438H, Ahad – Polis negeri Johor menerima tiga laporan berhubung kenyataan melampau yang menyentuh isu sensitiviti kaum dan agama susulan video tular insiden seorang lelaki diserang di depan masjid Austin Perdana di sini, Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, tiga laporan dibuat terhadap beberapa individu yang mengeluarkan komen negatif di media sosial, menyentuh mengenai isu perkauman dan agama.

“Polis akan mengambil tindakan ke atas individu-individu yang didapati mengeluarkan kenyataan melampau berhubung kes berkenaan.

“Kita telah mengemukakan laporan berkenaan ke Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu kini diserahkan kepada Unit Siasatan Khas Bukit Aman bagi memantau komen-komen negatif di media sosial berhubung kejadian berkenaan.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan lelaki Cina dan pasangannya membuat provokasi apabila membunyikan hon tanpa henti ketika jemaah sedang solat Jumaat.

Kemudian, pemandu itu dikejar orang ramai sebelum beberapa kali cuba berundur dengan laju sehingga hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain. Rakaman video itu turut menunjukkan orang ramai dilihat memukul kereta dan pemandu lelaki itu dengan menggunakan kon.

The post Polis Johor terima tiga laporan insiden serangan luar masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis Johor terima tiga laporan insiden serangan luar masjid
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis Johor terima tiga laporan insiden serangan luar masjid"

Back To Top