Polis tahan 14 pelajar ahli Geng 35
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tahan 14 pelajar ahli Geng 35
SUNGAI PETANI, 8 Syaaban 1438H, Jumaat – Polis menahan 14 pelajar sekolah yang disyaki terlibat dengan dengan aktiviti gangsterisme kumpulan ‘Satu Hati’ atau Geng 35 di sekitar Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, penahanan remaja terbabit adalah susulan tersebarnya gambar mereka berpakaian seragam sekolah meraikan penubuhan kumpulan itu.
Katanya, mereka yang ditahan adalah pelajar Tingkatan Tiga hingga Lima di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Muda, manakala tiga yang lain berusia antara 19 tahun dan 20 tahun adalah bekas pelajar sekolah sama.
“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 kerana menggunakan upacara Triad, yang disifatkan sebagai masyarakat yang menyalahi undang-undang.
“Sehingga kini, tiga daripada mereka yang ditahan lebih awal direman sehingga 7 Mei ini, manakala selebihnya membabitkan tangkapan baharu,” katanya.
Dala pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan tahanan itu melalui akaun twitter miliknya.
Beliau mengucapkan syabas dengan penahanan pelajar yang terbabit dalam gangsterisme di Sungai Petani, selain menyatakan ramai lagi akan ditangkap selepas ini.
The post Polis tahan 14 pelajar ahli Geng 35 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tahan 14 pelajar ahli Geng 35
Tag :
Malaysia
0 Komentar untuk "Polis tahan 14 pelajar ahli Geng 35"