Gema Semua Maklumat

PRK DUN Pujut ditetap pada 4 Julai

PRK DUN Pujut ditetap pada 4 Julai

PUTRAJAYA, 22 Syaaban 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 Julai ini sebagai tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

Tarikh berkenaan diputuskan selepas mesyuarat khas suruhanjaya itu hari ini, dan turut menetapkan 20 Jun depan sebagai hari penamaan calon.

Kekosongan kerusi DUN Pujut berlaku berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting daripada DAP sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Dr Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.

The post PRK DUN Pujut ditetap pada 4 Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PRK DUN Pujut ditetap pada 4 Julai
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PRK DUN Pujut ditetap pada 4 Julai"

Back To Top