Gema Semua Maklumat

Najib bertemu Trump 12 September di White House

Najib bertemu Trump 12 September di White House

WASHINGTON, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 12 September depan.

White House dalam satu kenyataan berkata, Trump berharap dapat membincangkan langkah untuk memperkuat dan memperluas hubungan dua hala antara AS dan Malaysia sekali gus mengembangkan kerjasama serantau dengan mana-mana rakan rapat AS di Asia Tenggara.

“Presiden Donald J.Trump mengalu-alukan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dari Malaysia ke White House pada 12 September.

“Presiden Trump berharap untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala AS-Malaysia dan membincangkan langkah untuk memperkuat dan memperluas hubungan dua hala kami dan mengembangkan kerjasama serantau dengan salah satu rakan kongsi paling dekat di Asia Tenggara,” kata kenyataan itu.

Wall Street Journal dalam laporannya berhubung rancangan pertemuan dua pemimpin itu berkata, Najib teruja untuk menekankan hubungan dua hala dengan Trump.

Sebelum ini, Najib pernah mengadakan pertemuan rasmi dengan bekas Presiden, Barack Obama di White House dan lawatan selama tiga hari Obama di Malaysia pada April 2014.

Malah, kedua-dua pemimpin itu juga turut mengadakan pertemuan tidak rasmi di luar daripada pejabat pentadbiran masing-masing, yang didakwa atas dasar hubungan diplomasi dua negara dengan bermain golf bersama di Hawaii pada Disember tahun sama.- Agensi

The post Najib bertemu Trump 12 September di White House appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Najib bertemu Trump 12 September di White House
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Najib bertemu Trump 12 September di White House"

Back To Top