Gema Semua Maklumat

PBB tutup hospital pelarian Palestin

PBB tutup hospital pelarian Palestin

RAMALLAH, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – Ribuan rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan terhadap tindakan drastik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) yang menutup Hospital Qalqilia, di Tebing Barat.

Hospital itu adalah untuk pelarian negara itu, dan ia dianggap simbol hak Palestin yang perlu dikembalikan.

Langkah penutupan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tekanan daripada pihak rejim Israel.

Rakyat Palestin dari Qalqilia dan kem-kem pelarian di Tebing Barat berhimpun sebagai membantah dan memaksa UNRWA menarik balik keputusan menutup wad hospital itu bermula 21 Ogos lalu.

Naib Pengerusi UNRWA kawasan kakitangan Arab-Tebing Barat, Naser Abu Kishk berkata, agensi itu telah menjadikan kekurangan peruntukan hospital dan beberapa contoh kecacatan remeh lain sebagai alasan untuk menutup kemudahan tersebut.

Beliau mendakwa, UNRWA juga merancang untuk menutup institusi pendidikan tinggi di Ramallah.

“Ia adalah rancangan politik yang sistematik untuk mengakhiri pulangan hak selepas mereka gagal menghentikannya secara paksa,” katanya.

Hospital Qalqilia yang mempunyai 63 buah katil untuk lebih 360,000 pelarian Palestin di Tebing Barat. Bagaimanapun, perkhidmatan di hospital berkenaan tidak diberikan secara percuma, sebaliknya pelarian masih dikenakan bayaran bagi setiap rawatan dan perubatan.

Pemegang kad UNRWA Palestin (sebagai pelarian) berhak mendapat perkhidmatan pendidikan dan perubatan.- Agensi

The post PBB tutup hospital pelarian Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PBB tutup hospital pelarian Palestin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PBB tutup hospital pelarian Palestin"

Back To Top