Najib guna kad kredit beli barang kemas RM3.28 juta. Rafizi dedah dokumen dakwa Najib guna kad kredit beli barang kemas RM3.28 juta
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan persoalan apabila kali ini mendedahkan dokumen terperinci transaksi keluar masuk wang dari pelbagai syarikat dan individu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dana dana SRC International Sdn Bhd, yang diambil dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
Beliau yang mendakwa memperoleh dokumen itu daripada laman sprminsider.blogspot.co.uk yang kini disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, dokumen yang dimuat naik pada 1 Oktober 2016 itu mempunyai 10 muka surat dan ianya bukan rekaan.
Katanya, walaupun tumpuan kepada kes membabitkan wang dari akaun SRC masuk ke akaun peribadi Najib semakin kurang dibangkitkan, beliau secara berterusan mengumpul maklumat bagi memastikan kes itu tetap dibawa ke muka pengadilan suatu hari nanti.
“Saya tahu selagi Dato’ Seri Najib berkuasa, kes ini tidak akan diambil tindakan. Tetapi ia tidak wajar dibenarkan mati begitu sahaja kerana ia melibatkan RM4 bilion dana pencen rakyat yang kesannya pasti akan dirasai oleh warga emas dan keluarga mereka kelak.
“Saya secara berterusan mengumpul maklumat dan menyemak maklumat-maklumat yang ada untuk membawanya kepada rakyat. Saya tahu jika rakyat dilalikan dengan isu-isu lain (baik politik, kesusahan hidup atau hiburan), rakyat akan lupa dan kes ini boleh berkubur begitu sahaja,” katanya.
Beliau berpendapat dokumen lain mengenai kes membabitkan Najib dan dana 1MDB dan SRC yang sebelum ini cuba disiarkan, tetapi dihalang daripada disebarkan, wajar diketengahkan kepada rakyat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM membuka semula kes dan membuat siasatan lanjut.
Rafizi berkata, semua maklumat dalam dokumen itu setakat ini konsisten dan sepadan dengan maklumat sulit yang telah diketahui umum, termasuk nama syarikat yang digunakan untuk ‘melapiskan’ pindahan wang ke akaun Najib iaitu Gandingan Mentari SB, Ihsan Perdana SB dan anak-anak syarikat kumpulan Putra Perdana Berhad.
Maklumat yang terkandung di dalam dokumen itu juga katanya, adalah rumit dan sulit seperti nombor akaun, nama syarikat, individu dan pemindahan wang pada tarikh-tarikh yang khusus.
Beliau menyenaraikan mereka yang terbabit supaya tampil memberi penjelasan sama ada menerima wang dari akaun Najib seperti yang didakwa oleh sprminsider itu.
i. Datuk Amhari Effendi Nazaruddin, pengarah dan pemegang 50 peratus saham di dalam Orb Solutions Sdn Bhd – mengikut dokumen, pada 27 Ogos 2014, Orb Solutions Sdn Bhd menerima RM2 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib di AmIslamic Bank Berhad bernombor 2112022011906.
Untuk rekod, Dato’ Amhari adalah penasihat kanan Dato’ Seri Najib dan namanya disebut-sebut sebagai pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri yang terlibat di dalam rundingan dengan IPIC yang menyebabkan Kerajaan Malaysia terpaksa membayar sehingga RM15 bilion kepada IPIC.
Carian dan semakan juga menunjukkan bahawa Orb Solutions Sdn Bhd adalah syarikat yang membangunkan aplikasi Najib Razak yang dilancarkan tahun lepas.
ii. Najib – mengikut dokumen, pada 8 Ogos 2014, ada bayaran berjumlah RM449,586.95 dari kredit kad bernombor 4585 8180 0000 5496 yang dibayar dari akaun peribadi Najib di AmIslamic Bank Berhad bernombor 2112022011880. Pada hari yang sama, ada satu lagi bayaran berjumlah RM2,833,147.21 yang dibayar dari kad kredit bernombor 5289 4380 0003 8961 yang dibayar dari akaun peribadi Najib di AmIslamic Bank Berhad bernombor 2112022011880.
Kedua-dua perbelanjaan mencecah RM3.28 juta dalam tempoh satu hari ini dibuat di sebuah kedai barang kemas mewah bernama De Grisogono di Itali. Najib perlu tampil menjelaskan sama ada perbelanjaan sebanyak RM3.28 juta yang dibayar dari akaun peribadi beliau menggunakan wang pencen rakyat adalah untuk membeli barang kemas mewah kepada isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
iii. Yayasan Al Abrar – mengikut dokumen, pada 21 Ogos 2014, Yayasan Al Abrar menerima RM5 juta dari akaun peribadi Najib di AmIslamic Bank Berhad bernombor 2112022011906. Semakan menunjukkan Yayasan Al Abrar juga bertanggungjawab menganjurkan majlis “Malaysia Bersalawat” pada 7 Disember 2013.
Sehubungan itu, beliau mempertikaikan jika segala dokumen dan dakwaan itu tidak benar kenapa SKMM mengambil keputusan menghalang capaian ke laman sesawang sprminsider.
The post Rafizi dedah dokumen dakwa Najib guna kad kredit beli barang kemas RM3.28 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rafizi dedah dokumen dakwa Najib guna kad kredit beli barang kemas RM3.28 juta
Rafizi dedah dokumen dakwa Najib guna kad kredit beli barang kemas RM3.28 juta
Tag :
Malaysia
0 Komentar untuk "Rafizi dedah dokumen dakwa Najib guna kad kredit beli barang kemas RM3.28 juta"