Gema Semua Maklumat

Rasuah: Dua pegawai KPDNKK direman lima hari

Rasuah: Dua pegawai KPDNKK direman lima hari

IPOH, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak hari ini direman lima hari atas tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan.

Majistret Siti Hanum Mohamad Sah membenarkan kedua-dua lelaki berusia 34 dan 35 tahun itu direman mulai hari ini sehingga 4 Jun mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kedua-dua pegawai berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada jam 10.45 malam, semalam.

Kedua suspek dituduh menerima suapan berjumlah RM8,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun.

Suapan berkenaan diberikan kerana mahu menutup kes melibatkan penjualan arak di dua premis pada tahun 2014.

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

The post Rasuah: Dua pegawai KPDNKK direman lima hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rasuah: Dua pegawai KPDNKK direman lima hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rasuah: Dua pegawai KPDNKK direman lima hari"

Back To Top