KAHERAH, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Pasukan keselamatan kerajaan kudeta Mesir di bawah rejim Abdel Fattah El-Sisi menembak mati lapan ahli Ikhwanul Muslimin, yang mereka dakwa sebagai militan, di selatan negara itu, semalam.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri berkata, antara yang ditembak mati ialah seorang pemimpin Ikhwanul Muslim yang terkenal, Helmi Saad Masri.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut tempat kejadian berlaku, tetapi berkata, mereka maut dalam kejadian tembak menembak, tat kala anggota pasukan keselamatan cuba menghampiri mereka.
Pemantau hak asasi manusia dan Ikhwanul Muslimin sebelum ini berkata, rejim El-Sisi sewenang-wenangnya membunuh anggota dan penyokong pertubuhan itu, dengan mengada-adakan cerita bahawa berlaku tembak menembak.
Malah, mereka mendakwa, sesetengah yang dibunuh itu ditangkap terlebih dahulu sebelum ditembak.
Sejak merampas kuasa daripada kerajaan dipilih rakyat pada 2013, El-Sisi melancarkan tindak balas keras terhadap Ikhwanul Muslimin, termasuk bekas Presiden Mohamed Mursi dan ratusan penyokongnya yang kini berdepan tuduhan di mahkamah.
Rejim El-Sisi juga mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas, bagi membolehkan mereka mengambil tindakan, termasuk membunuh. – Agensi
The post Rejim El-Sisi bunuh enam ahli Ikhwanul Muslimin Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rejim El-Sisi bunuh enam ahli Ikhwanul Muslimin Mesir
0 Komentar untuk "Rejim El-Sisi bunuh enam ahli Ikhwanul Muslimin Mesir"