Gema Semua Maklumat

Rejim Zionis sekat pergerakan ketua Hamas

Rejim Zionis sekat pergerakan ketua Hamas

GAZA, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Rejim Zionis mengeluarkan arahan menghalang pemimpin baharu Hamas, Ismail Haniyeh, daripada bergerak bebas dari Semenanjung Gaza ke Mesir.

Arahan itu dikeluarkan selepas Hamas mengumumkan Haniyeh, bekas Perdana Menteri Gaza, sebagai pemimpin baharu menggantikan Khaled Mashaal yang berpangkalan di Qatar.

Rejim Zionis menyatakan keprihatinan mereka terhadap pergerakan Haniyeh antara Gaza dan Mesir yang dianggap usaha memperluasakan kuasanya.

Haniyeh juga menghadapi sekatan pergerakan di luar Gaza yang boleh mengehadkan peranannya sebagai ketua Hamas.

Tel Aviv juga menyatakan Yahya Sinwar, salah seorang pengasas sayap ketenteraan Hamas yang baru-baru ini dilantik memimpin pergerakan itu di Gaza, menyokong pelantikan Haniyeh.

Jurucakap Hamas, Hazem Qasim pula berkata, Haniyeh akan kekal mengetuai operasi pergerakan itu di Semenanjung Gaza, tetapi akan meninggalkan tempat itu jika keadaan mendesak dan bahaya. – Agensi

The post Rejim Zionis sekat pergerakan ketua Hamas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rejim Zionis sekat pergerakan ketua Hamas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rejim Zionis sekat pergerakan ketua Hamas"

Back To Top