JOHOR BAHRU, 23 Syaaban 1438H, Sabtu – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim berkata, semakan status kewarganegaraan bagi calon-calon pilihan raya bukan tanggungjawab suruhanjayannya.
Sebaliknya, beliau berkata, semakan itu adalah tanggungjawab setiap parti politik yang bertanding.
“Tugas hakiki SPR hanya ada tiga perkara, iaitu sebagai badan yang menjalankan pilihan raya seperti yang diamanah Yang di-Pertuan Agong.
“Tugas kedua adalah melakukan persempadanan semula bagi setiap lapan tahun dan memastikan daftar pemilih,” katanya pada Program Singgah Mesra #Jom Kita Daftar Undi di Pasar Borneo, di sini sebentar tadi.
Pada 12 Mei lalu, Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Miri Sarawak dikosongkan setelah Dr Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) dibatalkan keahlian dewan serta-merta mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak kerana mempunyai dua kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.
SPR menetapkan 4 Julai ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan, manakala 30 Jun ini sebagai hari penamaan calon.
The post Semak status kewarganegaraan calon bukan tugas SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Semak status kewarganegaraan calon bukan tugas SPR
0 Komentar untuk "Semak status kewarganegaraan calon bukan tugas SPR"