Gema Semua Maklumat

Jabatan Imigresen minta majikan segera daftar pekerja PATI

Jabatan Imigresen minta majikan segera daftar pekerja PATI

PORT DICKSON, 23 Syaaban 1438H, Sabtu – Majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) diminta supaya tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftarkan pekerja mereka melalui program E-Kad.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, setakat ini, seramai 93,473 PATI didaftarkan dan sebanyak 85,467 E-Kad dikeluarkan, manakala jumlah majikan mendaftar sebanyak 14,541.

“Bagaimanapun, masih ramai majikan belum mendaftarkan pekerja PATI mereka dalam program E-Kad dan ada yang menunggu saat akhir untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang media selepas perbarisan tamat latihan Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 2 di Akademi Imigresen Malaysia di sini, hari ini.

Mustafar berkata, program E-Kad diperkenalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengeluarkan kad sementara bagi membolehkan majikan yang menggaji PATI membuat permohonan penggajian semula PATI secara sah.

Beliau memaklumkan, program ini bermula pada 15 Februari lalu dan akan tamat pada 30 Jun ini.

“Majikan diingatkan bahawa sepanjang tempoh pendaftaran E-Kad, operasi penguatkuasaan terus dijalankan dan majikan yang degil boleh dikenakan tindakan tegas.

“Majikan yang dikesan menggaji PATI boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya.

The post Jabatan Imigresen minta majikan segera daftar pekerja PATI appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jabatan Imigresen minta majikan segera daftar pekerja PATI
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jabatan Imigresen minta majikan segera daftar pekerja PATI"

Back To Top