Gema Semua Maklumat

Pedang dah lama lancar perang, isytihar MIC parti ANTI-ISLAM

Pedang dah lama lancar perang, isytihar MIC parti ANTI-ISLAM

PEDANG puji tindakan Perkasa melancarkan perang terhadap dua parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC. Pedang sudah lama melancarkan perang terhadap kedua-dua parti yang menjadi sahabat setia UMNO itu, bukan setakat kerana pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik dan kerjasama dengan Parti Komunis China (CCP), tetapi disebabkan Akta 355.

Umum mengetahui kedua-dua parti berkenaan sememangnya sudah mula menjadi penentang kepada Islam, semata-mata kerana hilang kepercayaan penyokong mereka – orang Cina penganut Buddha dan orang India penganut Hindu.

Sebaik MCA dan MIC menjadi penentang kepada usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan penambahbaikan pelaksanaan undang-undang Islam, menerusi pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, Pedang terus melancarkan perang dengan mengisytiharkan mereka parti ANTI-ISLAM.

Perkasa melancarkan perang terhadap MIC kerana dituduh cuba menyemarakkan fahaman militan IS di Malaysia apabila mempertahankan Dr Zakir Naik. Perlu diingat bahawa majoriti – 99 peratus – umat Islam mempertahankan Dr Zakir Naik. Apakah kami turut menyemarakkan IS?

Memang patut umat Islam di Malaysia mempertahankan Dr Zakir Naik. Pedang pun sentiasa pertahankan beliau. Tapi, Pedang tidak mengisytiharkan MIC sebagai parti ANTI-ISLAM kerana Dr Zakir Naik.

Sebaliknya, Pedang mengisytiharkan MIC sebagai parti ANTI-ISLAM kerana menjadi penentang kepada usaha melakukan pindaan kepada Akta 355 – suatu akta untuk memartabat dan meninggikan taraf Mahkamah Syariah serta undang-undang Islam (khas untuk umat Islam sahaja, tanpa membabitkan penganut agama lain).

Tanpa sebab munasabah, MIC dan penyokong mereka menentang Akta 355. Siapa yang lebih cetek akal fikirannya? MIC yang tiada kaitan terhadap hukuman dalam Akta 355 itu atau Perkasa yang mempertahankan Dr Zakir Naik?

Pedang sokong kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali bahawa pertubuhan itu akan berkempen adalah haram umat Islam mengundi MIC pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita akan kempen kepada umat Islam bahawa mengundi MIC adalah haram kerana mereka menghina Islam, berapa kali kenyataaan MIC menghina Islam?,” kata Syed Hassan.

Ketika menjawab kenyataan Syed Hassan, Naib Presiden MIC, M Saravanan hanya menjadikan Dr Zakir Naik sebagai alasan untuk menafikan mereka adalah parti ANTI-ISLAM. Saravanan hanya mengulas mengenai isu Dr Zakir Naik sahaja, tidak menyentuh penentangan mereka terhadap pindaan Akta 355.

Saravanan takut untuk bercakap mengenai penentangan mereka terhadap Akta 355 kerana tiada alasan kukuh pun untuk mereka menentangnya. Jadi, bila menentang pindaan Akta 355 – yang sudah berulang kali ditegaskan tidak membabitkan Hindu, Buddha, Kristian atau agama lain – maka jadilah mereka sebagai parti ANTI-ISLAM.

Begitu juga dengan MCA. Pedang tidak menjadikan kerjasama parti itu dengan CCP sebagai alasan untuk Pedang kata mereka ANTI-ISLAM. Pedang isytihar MCA ANTI-ISLAM kerana sebab yang sama seperti MIC – menentang pindaan Akta 355.

Nanti Pedang ulas kemudian mengenai MCA dan kerjasama mereka dengan komunis, yang suatu masa dahulu melalui Bintang Tiga mengangkat senjata menghuru-harakan Tanah Melayu, menyebabkan ramai askar Melayu, polis Melayu dan orang Melayu terbunuh, angkara durjana mereka. Tapi, tiba-tiba hari ini MCA bekerjasama dengan komunis ini.

Perkasa jangan risau, sebab Pedang dan rakan-rakan Pedang di dalam dan di luar negara akan berkempen mengingatkan umat Islam supaya tidak menyokong calon kafir, kerana mereka adalah penentang kepada usaha menambahbaik undang-undang Islam.

Umat Islam kena pastikan calon-calon MIC dan MCA tidak menang satu kerusi pun, sama ada di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat. Ini semua demi Islam. Bagaimana jika penentang calon MIC pun orang kafir? Senang saja. Tak usah pilih. Umat Islam tak usah membantu pun jentera mereka, kerana jika mereka menang, mereka akan menentang Islam.

Kalau ada pertandingan tiga penjuru dan calon ketiga adalah orang Islam, maka wajib kita menyokong calon Islam itu. Yang penting, jangan undi orang yang menentang Islam.

Tapi, tak semestinya Pedang akan mengajak umat Islam menyokong PAS hanya kerana membentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian pindaan Akta 355 itu. Pedang sokong 100 peratus usaha PAS itu, tapi tak semestinya Pedang sokong PAS.

PAS hanya cakap mulut sahaja menentang BN, UMNO. Dalam mesyuarat, muktamar hanya mengutuk BN, UMNO sahaja. Hakikatnya di luar berbeza, malah sanggup UMNO menang. PAS tidak membuka mata dengan lebih luas kenapa rakyat menanggung pelbagai beban sekarang ini. Pemimpin PAS akan kata ini semua kerana BN, UMNO.

Tapi, PAS tidak mahu bekerja bersama-sama parti lain untuk menumbangkan BN dan UMNO.

PAS biasa duduk dalam Perikatan, PAS biasa bersendirian, PAS biasa bekerjasama dengan pembangkang (Semangat 46), PAS biasa bersendirian sekali lagi, PAS biasa bekerjasama dengan pembangkang (Pakatan Rakyat) dan PAS kini mahu bersendirian lagi.

Atau PAS akan kembali ke dalam perikatan (BN – bekerjasama dengan UMNO dan menghalalkan tahaluf siyasi dengan penentang Islam, MCA serta MIC).

Dulu, PAS menjadikan ‘tahaluf siyasi’ sebagai alasan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR, tetapi kini, adakah PAS akan menjadikan ‘kemaslahatan rakyat’ dan ‘politik matang’ sebagai alasan untuk bertahaluf siyasi dengan BN? Atau ada perkataan lain menggantikan ‘tahaluf siyasi’?

Kata Pedang: Yang pasti Pedang tak akan bagi lagi undi kepada kleptokrasi.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

KATA PEDANG: Jangan beri peluang lagi kepada MCA, Gerakan, MIC dan DAP

Demi Islam, Undilah Calon Muslim Berwibawa

The post Pedang dah lama lancar perang, isytihar MIC parti ANTI-ISLAM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pedang dah lama lancar perang, isytihar MIC parti ANTI-ISLAM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pedang dah lama lancar perang, isytihar MIC parti ANTI-ISLAM"

Back To Top