PUTRAJAYA, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempamerkan senarai tuntutan daftar pemilih bagi tempoh suku tahun pertama 2017 di semua Pejabat Pendaftar Pemilih Negeri (Pejabat Pilihan Raya Negeri) di seluruh negara selama seminggu mulai hari ini hingga 31 Mei.
SPR berkata perkara itu adalah selaras dengan peruntukan Peraturan 14(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Menurut SPR ia melaksanakan urusan Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Pertama 2017 (ST1/2017) pada 9 Mei hingga 22 Mei lepas selaras dengan peruntukan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, di 960 tempat-tempat pameran di seluruh negara.
“Sehubungan dengan itu, SPR menyeru kepada semua pemilih yang telah mengemukakan tuntutan tersebut supaya membuat semakan nama mereka di Pejabat Pendaftar Pemilih Negeri yang berkenaan,” kata SPR dalam kenyataan, hari ini.
Sebarang pertanyaan mengenai pameran Senarai Tuntutan bagi ST 1/2017 itu boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, katanya. – Bernama
The post SPR pamer senarai tuntutan daftar pemilih appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPR pamer senarai tuntutan daftar pemilih
0 Komentar untuk "SPR pamer senarai tuntutan daftar pemilih"