Gema Semua Maklumat

SPRM beritahu sebab utama tak tangkap ahli politik terlibat rasuah

SPRM beritahu sebab utama tak tangkap ahli politik terlibat rasuah

KUALA LUMPUR, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mahu diheret ke kancah politik apabila agensi itu memfokuskan ahli-ahli politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya telah membuat ketetapan tidak akan bertindak sekarang terhadap mana-mana ahli politik.

Beliau tidak menafikan terdapat sesetengah pihak bertanya kenapa tindakan ke atas ahli-ahli politik hanyaakan dilakukan selepas PRU14, sedangkan SPRM sudah ada bukti dan sepatutnya bertindak sekarang.

Menyatakan sebabnya, Dzulkifli berkata, SPRM tidak mahu dijadikan alat dan modal untuk berkempen oleh mana-mana parti politik.

“Ini kerana kita semua tahu jika SPRM mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik sebelum pilihan raya sekali pun, ia tetap tidak akan menjadi penghalang kepada mereka untuk terus bertanding dan memegang jawatan.

“Jadi biarlah parti-parti politik ini bertanding di atas keupayaan mereka dengan adil dan berdasarkan ‘track record’ mereka berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam wawancara kepada Mingguan Malaysia, hari ini.

Dzulkifli sebelum ini pernah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengetepikan perhatian terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan rasuah.

Sebaliknya beliau berkata, mereka menunggu masa untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat.

Sehubungan itu, Dzulkifli mengingatkan kepada semua parti politik untuk memastikan setiap calon yang dipilih bertanding kelak benar-benar bersih dan bebas daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“Sekiranya tidak dipastikan, maka jangan salahkan SPRM apabila kami datang membuat kunjungan hormat dan mengetuk pintu-pintu anda selepas pilihan raya kelak,” katanya.

The post SPRM beritahu sebab utama tak tangkap ahli politik terlibat rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM beritahu sebab utama tak tangkap ahli politik terlibat rasuah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM beritahu sebab utama tak tangkap ahli politik terlibat rasuah"

Back To Top