Gema Semua Maklumat

Tiada pelajar Malaysia terjejas insiden letupan di Manchester

Tiada pelajar Malaysia terjejas insiden letupan di Manchester

PUTRAJAYA, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia terjejas dalam kejadian letupan bom pada konsert penyanyi Ariana Grande di Manchester Arena, London, semalam.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, Education Malaysia United Kingdom & Ireland (EMUKE) mengesahkan, sejurus letupan itu berlaku, hebahan segera dilakukan melalui laman Facebook dan WhatsApp kepada persatuan pelajar di bandar itu dan kawasan sekitarnya.

“Langkah itu dibuat bagi memastikan kesahihan tiada penglibatan pelajar Malaysia di tempat kejadian,”kata kementerian itu.

Menurut KPT, terdapat 1,303 pelajar Malaysia di Manchester sedang melanjutkan pelajaran di The University of Manchester, Manchester Metropolitan University dan University of Salford.

“EMUKE akan terus memantau dan akan melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa. Semua pelajar diingatkan supaya berhati-hati dan berhubung dengan EMUKE untuk sebarang perkembangan,”katanya.

Laporan awal media menyebut sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala 59 orang cedera dalam insiden letupan bom pada konsert penyanyi Amerika Syarikat itu.

Berdasarkan laporan itu, kejadian pada pukul 10.35 malam waktu tempatan berlaku di ruang legar stadium itu ketika sebahagian besar penonton mula meninggalkan konsert untuk menuju ke stesen kereta api bawah tanah.- Bernama

The post Tiada pelajar Malaysia terjejas insiden letupan di Manchester appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada pelajar Malaysia terjejas insiden letupan di Manchester
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiada pelajar Malaysia terjejas insiden letupan di Manchester"

Back To Top